Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2014

Herbal Blend 'Cream Ajaib'

Hai...Peh kemain tajuk kita hari ni kan..Herbal Blend. Ye memang ajaib tau. Memang saya ada pakai HB ni sebelum tidur sebagai lotion harian. Sapu kat tumit yang kasar tu..lembut sket dah jadinya.
Masa ammar 4 bulan dulu dia kena diaper rash tau.Abis gatal bahagian bawah tu kan.Saya pun cuba sapu dengan HB ni. Mula-mula tu dia nangis jugak pedih la gaknye tapi esok nye da baik dah..! Masa tu tak terfikir nak ambil gambar ke apa sebab dah risau kan..try je lah apply HB ni nasib dah okeh tau..
Tapi ni ada kes lain pulak ha...hari tu kes nye ammar duk menggigit lah masa menyusu. Memang pedih tu..emm..Pastu my friend kata sapu lah dengan HB ni. So kite cuba je lah kan ikhtiar. Lagi memang tahu produk Shaklee ni Selamat tak beracun. Bila dah apply first time tu tak pedih pun.lega pulak rasa bila dah letak HB ni. lepas 2 hari memang betul lah alhamdulillah luka dah kering.Ammar pun boleh minum macam biasa.Syukur..tapi tak boleh la nak tunjuk kan..huhu..
 Herbal Blend ni banyak lagi kegunaan…

Bila Si Kecil Sudah Bergigi

Assalamualaikum..hai..hari ni nak cerita tentang GIGI..bukan gigi kita tapi gigi si manja a.k.a gigi susu..yang terdetik nak cari tentang gigi ni alkisah nye. Bos kecil kita ni dah tumbuh gigi..yeahh...tau tak apa fungsi gigi susu nih..boleh la dia nak gigit n kunyah makanan..ummi da mula bagi finger food da.ari tu bagi dia cekodok nasi punya la suka.berlari datang kat ummi..sukenye yeayy...

Baca tanda-tanda bayi anda sudah sedia untuk makan

Suka-suka jugak tapi bila dah menggigit..ehe..(O_o)

Ye la faham je bukan niat dia nak gigit. gigi susu ni fungsi dia sebenarnya kan untuk:

Mengunyah makanan, sekaligus membantu perkembangan tulang dan otot rahang.Membantu proses perkembangan bicara balitaMembuka jalan, tempat atau ruang untuk pertumbuhan gigi tetapMempermanis penampilan si kecil, misalnya saat dia tersenyumBaby kot hati bersih sebersih kain putih tak de niat pun nak gigit kita kan..ummi dia macam biasa la setiap perkara baru ammar mesti nak ambil gambar. Ha tengok manis je senyum kan.…

Penting tuam bayi lelaki

Masa berpantang dulu, mak mertua cukup bising dan sentiasa berpesan,
 "Jangan lupa tuam anak tu cah.budak lelaki senang masuk angin.susah nanti kau nak jaga.."
Ha gitu lah bunyi pesanan nya..ye lah nampak remeh tapi kalau tak buat teruk jadinya. Saya pun rasa malas jugak sebenarnye.hehe..tapi pesan orang tua ni kena la ikut kan. Mana yang patut kita ikut lah..lagipun benda dah ada..ada dah beli siap-siap masa pregnant dlu.
Ni contoh tuam yang boleh digunakan. Mula-mula tu pakai ni pastu tak tahu cara nak guna pergi bakar atas lilin hitam lah jadi nya..haha..senang rupenye panaskan atas iron pastu rasa lah dulu kat tangan. Nanti ada pula yang melecur kan..So cari dekat en google je lah..
Oh akhirnya kan apa yang mak mertua aku cadang..gunakan kain sapu tangan dan panaskan pada iron. Sama lah teknik nya. Rasa dulu kepanasan dia baru tuam kan pada bayi tau.
Masa mula-mula pantang kat rumah mama dulu..mama tuam guna daun mengkudu yang dilayurkan.pun boleh jugak. tapi leceh sket…

Eksklusif untuk si manja dari ibu: Susu IBU :)

Ibu-ibu..bakal ibu..meh baca nih...

Penyusuan susu ibu secara eksklusif bermaksud :-
bayi hanya diberikan susu ibu dalam masa enam bulan pertama selepas kelahirannya.
Tiada makanan atau minuman lain diberikan pada bayi dalam tempoh tersebut.
Makanan pelengkap hanya dimulakan setelah bayi berumur enam bulan dan ke atas. Penyusuan hendaklah diteruskan sehingga bayi berumur dua tahun.
Untuk membolehkan penyusuan susu ibu secara eksklusif selama enam bulan pertama  selepas kelahiran bayi dicapai, ibu hendaklah mengamalkan perkara berikut,  antaranya adalah seperti:
❤Penyusuan susu ibu perlu dimulakan dalam masa satu jam pertama selepas kelahiran bayi.
❤Penyusuan secara eksklusif, iaitu bayi hanya diberikan susu ibu tanpa sebarang makanan atau minuman walaupun air masak.
❤Ibu perlu menyusui mengikut kehendak bayi, iaitu kekerapan menyusu adalah bergantung kepada permintaan bayi.
❤Tidak memberikan sebarang susu formula atau puting kosong kepada bayi dalam tempoh enam bulan pertama.
❤Semu…

Mini Merdeka Giveaway

Join lagi segmen ni pulak..tambah kawan lagi ape salahnye kan kan...
Korang jom join ni, - eyjamaslizamomoy-blogirlmiss-fatyn
ok done..salam merdeka..kalau nak join  giveaway ni klik SINI :)

Segmen Mrs. Mustache Bloglist

hee..saya join lagi segmen bloglist ni..saje nak tambah kenalan..fefeling muda pulak..:p
Jom nak join klik SINI 
Senang je..ajak 3 orang kawan lagi,
http://hurinnadhirah.blogspot.com/
http://schazjohari.blogspot.com/
http://lindoconejo.blogspot.com/
Tarikh tutup 1 September 2014
♡♡ Syarat lain yang menjadi keutamaan adalah blog sentiasa di update at least 3 minggu sekali.  
Ok dah..jom sambung baca lagi..ehe...

Kisah Si Tukang Kayu

Tiba-tiba nak bercerita lah pulak kan..haha..bukan apa kita ni suke dengar cerita kan..Ha apa kata kali ni saya share satu cerita pengajaran untuk semua. baca baca jangan tak baca tau...
Begini kisah Si Tukang Kayu Setelah berkhidmat terlalu lama,dia decide nak berhenti keje Bos merasa sedih,sebab pekerja yang talented dan paling lama Sebelum tukang kayu berhenti keje,bos ada permintaan terakhir

Bos dia minta buatkan sebuah rumah lagi.. Si tukang kayu..dengan berat hati...dengan perasaan terpaksa... Cuba siapkan rumah yang diminta..tetapi dia membuat pekerjaan yang disukainya itu secara ala kadar..kerana dia nekad untuk berhenti keje..
dan dia tidak mahu lagi menukang

Dia hanya menggunakan material yang biasa2 sahaja..proses menyiapkan pun sekadar melepaskan batuk ditangga..janji siap.Akhirnya..rumah yang dibina pun siap...Rupanya bos si tukang kayu ingin menghadiahkan rumah itu kepadanya. Alangkah terkilannya dia..jika dia membuat rumah itu sepenuh hati dan menggunakan segala material…

Sustained Release Vita-C Plus 500mg

Kenapa vitamin C Shaklee pangkalnya ada Sustained Release?
Maksudnya, setiap tablet Vita-C yang anda ambil, mengandungi 500mg Vita C tapi tapi... setiap tablet itu melepaskan 100mg setiap jam so tubuh badan kita ni akan sentiasa ada vitamin C pada kadar yang mencukupi! Tak perlu la lagi kita nak risau kita tak cukup Vita-C! 
Tahukah anda?
Tubuh kita sering kehilangan vitamin c semasa melakukan aktiviti harian. Jadi, Vita-C Plus Shaklee dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin c secara berterusan insyaallah :)
Apa lagi yang best pasal Vita-C ni? 
100% semulajadi Tanpa bahan pengawet Tanpa pewarna Tanpa bahan tiruan Halal Dapat kelulusan KKM Tanpa GMO 
Kebaikan Vitamin C
Vita-C Plus 500 mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin c yang diperlukan tubuh
Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan
Selain itu , Vitamin C atau Asid Askorbik amat bermanfaat pada kesihatan manusia. Semua ora…

Ciri-ciri usahawan berjaya..eceh :D

Peh kemain tajuk kan..well well nak menuju kejayaan bukan perkara yang mudah kan...ni saya dapat dari group sokongan SHAKLEE. ha ni antara sebab saya jatuh cinta tau. Leaders kami tak penah sehari pun lupa nak bagi peringatan, santapan minda.makanan fizikal tu sudah tentu lah kan..
kami semua pengguna tegar SHAKLEE dan masing-masing dah rasa kebaikannya. Sebab tu nak anda yang sedang baca nih pun rasa sama. Ye betul banyak lagi produk di luar sana..tapi apa salahnya kita ambil kebaikannya utk bantu sesama kita kan. makanan sunnah tetap no1 ! jangan risau...(^_^)
Lagipun kalau nak bg usia SHAKLEE ni kan..dekat 58 tahun ha..tua sudah...memang berpengalaman dan stable insyaallah. Lebih 83,000 ujian kualiti setiap tahun dan lebih 350 ujian keatas bahan-bahan botani. So tak perlu risau k.cuma nya kena la cari SID yang berpengatahuan supaya dapat bagi konsultansi yang baik.ehemm..ehem...;p
Ha ok lah so apa yang saya suke dgn SHAKLEE ni lagi...kami ni juga diberi makanan rohani..semangat se…

11 tip penyusuan susu ibu yang kita perlu tahu

Assalamualaikum..ibu ibu..adik adik..kawan2 pembaca..hari ni saya nak berkongsi 11 tip penyusuan susu ibu. Ye lah bukan apa.tau kan susu ibu adalah susu yang terbaik didunia. Nak cerita keistimewaan susu ibu ni panjang lagi ha..
Ramai sahabat yang saya kenal mudah berputus asa. Perkara yang selalu menjadi halangan adalah kerjaya dan tidak berdisiplin. Pentingnya KEMAHUAN dan KESUNGGUHAN SI IBU. 
Nak seribu daya kan..tak nak pun seribu la dalihnya..jom jom jom beri yang terbaik untuk si manja yeh..Ye lah since topik kita adalah tip penyusuan. so kita fokus kan pada 11 tip tu. Mari !
1. Kerapkan Menyusu / Mengepam Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. 

Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam. Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerhan susu. Percaya ke…

Kurus tu Cantik Ke?

Kurus tu cantik ke? Apa pendapat semua?  Semua orang nak kurus kan..lelaki perempuan. Kononnya kurus tu cantik. Habis yang gemuk tu tak cantik ke..wah emosi pulak malam-malam ni kan.ha..

Kurus tapi tak sihat apa cerita pulak kan.makan pil kurus beli kat mane2 ntah.ish dahsyat tau lagi-lagi remaja nih. sampai memudaratkan diri.
tak mau ye dik..awak cantik dah...Believe in yourself..eceh..(^_^)


Ingat dulu ada kawan dia pulun lah tak makan nasi sampai seminggu.memang la berat dia banyak turun. lepas tu jadi letih dan rindu nak makan nasi. Lepas tu dia rasa la nasi terus dia ambil dalam portion yang banyak dan naik lebih banyak. bila da naik tu dia 'menyesal' dan tak makan nasi lagi. tu la dia Diet Yo yo..
Bahaya tau..!!

Sebenarnya bila dia buat camtu (tak makan nasi) berat turun. Yes sebabnya diet camni menyebabkan dia kehilangan lemak dan otot atau salah satu dari nya.

Bila otot hilang, metabolisme tubuh akan menurun dan hilang keupayaan untuk membakar lemak. Jadi bila berhenti…

Kisah Katak Yang Selesa

Pernah dengar x kisah si katak yg mati kena rebus. . 

Klau lum..meh nk citer... 
Katak.. klau kita didihkn air dan letak katak dlm air yg mendidih pasti katak tu terus melompat..so tak dpt masak katak dgn air yg didihkn dulu...  So cuba tukar cara.  Katak diletakkn dlm periuk air sejuk.... waaaa..katak kata selesanya air sejuk... sambil lipat kaki keatas.... nyehh nyehh... Ok kitapun hidup kn api... Sikit2 air sudah semakin terasa panas....  Si katak kata...ohh air panas skit jer .. okey lagi..rilekss lahh brader.....   menggerakkn tubuh utk myesuaikan diri dgn suhu yg semakin panas...

Get Clean Water Pitcher

Air penting untuk tubuh badan kita..kenapa?
70% dari badan kita adalah air. Air yang cukup memastikana aliran darah dalam badan mengalir dengan baik. Bila aliran darah lancar organ dalam badan dapat berfungsi dengan baik . Makanya, kita akan SIHAT. Bila sihat insyaallah CANTIK lah kita..haa tak nak ke..
mudah je..minum air masak..minum...sehari 8 gelas air tau..bangun tidur minum air masak tau..
Tapi tapi air yang kita minum setiap hari tu bersih ke..nampak je jernih kan...kalau nak beli air mineral hari-hari bankrap la pulak kan..huu..so apa PILIHAN saya? Sudah tentu lah.....
GET CLEAN WATER PITCHER SHAKLEE

Kenapa saya memilih Get Clean Water Pitcher ini?

29 Things Only a Pregnant Woman Would Understand

I love to read these so I want it to be paste in my blog so everyone can read it too.. I like to share this to all of you because only PREGNANT WOMAN  will understand these..(^_^) NICE sharing from healthline.com
Morning sickness, insomnia, an ever-growing belly, and the long, agonizing wait of labor … it's all worth it! Enjoy these 29 things only someone who's endured the nine-month journey of pregnancy would understand.
1.What it feels like to be completely terrified and excited at the same time.

2.Morning sickness that lasts. All. Damn. Day.

5 Jenis Vitamin Cantik

Cantik...dirimu buat ku tertarik...lalala.... 
Siapa tak suka cantik kan..ha cerita cantik hari ni..semalam pergi open house saya dapat satu apps yang best dalam playstore. camera360.
Pergh..
Memang best.mane tak nya. segala cacat cela hilang babe..memang seronok la kan..tapi semua tu PALSU sebab di alam realiti nya tidak..oh no no no...my hubby kata tipu semua tuh..
Sebab tu saya tekad..saya mahu..saya nak awak awak yang baca nih..kita kena sihat dan cantik ye..no editing..sikit2 tu takpe lah..ni jgn 360 degree la sangat..huu terkejut laki korang nanti..haha..
Kannn...so jom kita cantik cantik dari dalam dan seterusnye menjalar ke seluruh badan dan wajah kita INSYAALLAH...meh kita berkenalan apa 5 jenis vitamin CANTIK yang saya maksudkan... Vitamin Cantik#1: Vitamin A
Vitamin A adalah penting untuk menjaga keanjalan kulit, mencegah kekeringan, kedutan dan penuaan kulit. Seseorang kekurangan vitamin A akan mempunyai kulit bersisik, gatal-gatal dan mungkin jerawat. 
Vitamin A juga mema…

Petua Atasi Resdung dari UAA

Saya bukan penghidap resdung alhamdulillah tetapi ramai saudara mara, sahabat taulan yang menghadapi masalah ini yang membuat saya rasa tertarik untuk SHARE topik resdung pada hari ni. Harapannya semua dapat manfaat dari perkongsian ini dan berusaha yang terbaik untuk SIHAT ye.
Yes secara SEMULAJADI. (^_^)
Sebelum tu kena la berkenalan dulu dgn encik resdung ni..hai hai hai...please go away Mr Sneezing..Mr Resdung..go away!!
Apa itu Resdung? Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung iaitu frontal sinus, sphenoid sinus, ethmoid sinus, septum dan maxillary sinus.

Tanda-tanda Seseorang Itu Menghidap Resdung  ✎ Hidung selalu tersumbat ✎ Lendir dari hidung dan tekak ✎ Sakit atau rasa berat pada muka terutama kawasan di antara mata ✎ Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang ✎ Demam atau rasa tak sihat berpanjangan ✎ Gatal hidung, kerap bersin dan sebagainya

Tip turunkan berat badan dengan SIHAT dan SEMULAJADI

Pertama sekali perlu di ingat bahawa menurunkan berat badan tidak hanya cukup sekedar bermodalkan niat.
Perlu ada tekad dan semangat yang kuat ya..


1) Mulakan dengan target yang masuk akal
Tetapkan target di awal program. Tidak usah terburu-buru. Jika berjaya turun berat badan sebanyak 0.5 kg satu minggu adalah sangat ideal. Jika terlalu drastik,dibimbangi akan memudaratkan kesihatan.
Untuk motivasi tambahan, keluarkan dari almari dan digantung pakaian lama (ketika slim)yang tidak boleh diguna lagi atas sebab kegemukan. Secara saikologi menjadi penguat semangat dan membantu mencapai target yang di inginkan.
2) Tidak perlu terlalu ekstrim
Tubuh yang sihat memerlukan 1,200-1,500 kalori setiap hari supaya tubuh tetap kekal sehat. Mengurangkan kalori sehingga 600 - 800 kalori setiap hari hanya akan memperlambat proses metabolisma tubuh.
Jika metabolisma berfungsi lambat, kesempatan untuk lemak ditimbunkan di dalam tubuh semakin besar. Akhirnya bukan menjadi bertambah kurus, malahan m…

Cekodok Nasi Ikan Bilis UAA

Pagi-pagi ni rajin lak nak buat cekodok.bukan apa sebabnya ada pulak balance nasi putih ni sayang.so  makanya bercekodok nasi lah kita..haa gitu..lagipun tak elok membazir kan.oh selalu weekend ni la I ajak my hubby g breakfast kat luar.nak manja-manja sket kan..tapi pagi ni stay kat umah sebab tengah tunggu parcel SHAKLEE I sampai.see..mudahnye bisnes SHAKLEE ni kan..dunia dihujung jari je..eh terpromote pulak.sharing jap. (^_^)
Resepi asal boleh tengok SINI
Portion I buat nih untuk 2 orang je..memang sangat mudah...
Bahan-Bahan  2 cwn nasi (1 pakai 1 cawan je..sebab tu je pun yg ade..hee) 2 cwn air (so air pun should 1 cawan la kan..) 1 biji bwg besar 2 biji bwg putih  1/2 cwn ikan bilis (ni 1/4 je lah) 2 1/2 cwn tepung gandum (tepung pulak 1 1/4 cawan..haa sume jd separuh..) 1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka) Daun sup/bawang (di hiris halus)  sedikit garam  Minyak untuk mengoreng 
Cara Membuatnya  Blend nasi bersama air, masukkan sekali ikan bilis, bwg putih dan bwg besar.…

Kenapa GLA dikatakan teman baik untuk wanita?

Assalamualaikum & Good Day Semua...
Yang bernama wanita, jom baca ni.
Kesihatan amat penting bagi seorang wanita kerana mereka memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan keluarga dan orang di sekelilingnya. Kita dapati yang wanita sering sibuk dengan kerja rumah dan karier mereka namun ramai yang tidak ambil peduli dengan kesihatan mereka.
GLA Complex Shaklee adalah antara vitamin yang menjadi kesukaan ramai wanita baik anak dara, yang dah berkahwin mahupun warga emas. Boleh dikatakan mereka amat sukakannya sehingga menjadi salah satu supplement wajib makan setiap hari!
Kenapa GLA dikatakan teman baik untuk wanita? 
Berikut adalah 5 kelebihan yang boleh didapati dalam 1 botol GLA  khusus untuk wanita. 
1. Melegakan simptom PMS dan senggugut  Kandungan GLA yang terdiri daripada kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E berfungsi untuk melegakan kesakitan semasa datang haid, tidak kira sakit se…

Isu Shaklee, Israel dan Boikot

Bismilahirrahmanirrahim. 
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan akan datang lebih baik dari hari ini.
Memandangkan ada ramai orang yang bertanya tentang pendapat dan pendirian saya mengenai isu Roger Barnett sebagai salah seorang BOD untuk persatuan kebajikan yang dikatakan menyumbang kepada Israel maka dengan ini ada yang memberi pendapat bahawa produk ini perlu diboikot.
Maka saya dengan ini menyatakan beberapa perkara yang kalian sendiri boleh pertimbangkan serta dalam pada masa yang sama lakukan solat istikharah untuk lebih yakin dengan pendirian kalian sendiri.
1. Shaklee adalah syarikat yang tidak menyumbang kepada Israel.
Ini adalah terang dan jelas kerana ia tidak disenaraikan dalam mana2 senarai syarikat yang menyumbang kepada Israel. Shaklee sendiri mengeluarkan statement untuk menjelaskan kedudukan syarikat.
2. Melihat dari sudut persendirian atau hak perseorangan. Kita semua mempunyai hak untuk menyalurkan duit kepada agama kita. B…

EPO vs GLA. Apa kaitannye ye..?

GLA di kedai2 farmasi kebanyakkannya dijual dari sumber evening primrose oil (EPO). EPO mmg sinonim dengan wanita.
Soalan lazim:  Apa beza GLA Dan EPO?Shaklee takde jual EPO?
Jawapan simple:  EPO kaya dengan GLA. Borage juga kaya dgn GLA. Kebanyakkan GLA yang sedia ada di pasaran dihasilkan daripada
EPO. tetapi RAMAI YANG TAK TAHU kepekatan GLA berbeza dalam kedua2nya.BORAGE mengandungi GLA dua kali ganda yang lebih tinggi dari EPO. Dari segi bioavailabiliti (kadar penyerapan) BORAGE juga adalah 3 kali lebih berkesan daripada EPO.
Soalan yang patut anda tanya adalah:  Patut beli EPO atau GLA Complex Shaklee?
Yang saya boleh beritahu adalah GLA COMPLEX Shaklee menggunakan bunga borage sebagai bahan utamanya.Setiap kapsul mengandungi 300mg GLA
satu lagi soalan.
Kenapa produk shaklee disebut GLA COMPLEX?Kenapa tak disebut minyak borage je?
Kerana GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan …

Siapa kata boikot tak efektif?

Siapa kata BOIKOT TIDAK EFEKTIF? - Irfan Khairi 
Saya tidak pandai dan kurang faham politik. Sebab itu di facebook saya tak pernah pun menulis apa2 perihal politik. Tetapi, saya amat tahu dan faham mengenai perniagaan melalui pengalaman 14 tahun dalam bidang perniagaan dan juga konsultan/speaker kepada beberapa perniagaan besar dalam dan luar negara.
Izinkan saya mengambil masa 2 minit daripada anda untuk jelaskan bagaimana usaha boikot perniagaan-perniagaan yang membantu Zionis telah memberi impak teruk kepada mereka dan apa yang kita sebagai pejuang Islam perlu lakukan untuk terus membantu.
Baru-baru ini, dilaporkan, dua jenama gergasi dunia mengalami kejatuhan di pasaran saham dunia akibat boikot, iaitu syarikat Coca Cola dan juga Mc Donalds. CNN melaporkan (satu lagi yang perlu boikot), kejatuhan nilai dua perniagaan tersebut adalah akibat orang ramai serata dunia memboikot dua syarikat tersebut.
Di sini, perlu saya fahamkan anda, apa yang terjadi. 
Sebenarnya, untuk sesebuah sya…

Kisah disebalik GLA Complex Shaklee

Meh kita berkenalan dengan encik GLA..(^_^)
GLA tu apa ye?  GLA stands for Gamma Linolenic Acid – sejenis acid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin – hormon yang membantu mengatur proses badan yang normal. Kebanyakan GLA di pasaran dihasilkan daripada EPO (evening primrose oil). 
Apa istimewanya GLA Shaklee?

Keistimewaan GLA keluaran Shaklee, ia diekstrak dari borage yang mana kandungan GLA-nya adalah 2 kali ganda lebih pekat dan 3 kali ganda lebih berkesan dari EPO. Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organic di kawasan Saskatchewan. 
Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana adalah sumber terbaik Omega-6. Ia turut digabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. 
Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh ShakleeGuard – antioksidan alami yang dipatenkan. Bioavailabilitynya dibuktikan secara klinikal di mana ia mampu menyerap dan mengadun ke dalam sel dan tisu.